Perkhidmatan dan Kadar

Terima kasih atas minat ada terhadap Newcastle Language Systems!

Anda akan mendapati senarai kadar kami di sini. Sila baca butiran kursus yang menarik minat anda.

Kursus Perbualan

Sesi Peribadi 50 minit.....AS $36.00

Perkhidmatan Mentor Khas.....Tambahan AS $9.00

  • Sesi dan kursus menyediakan pelajar dengan kosa kata dan tatabahasa yang diperlukan untuk perbualan dalam bahasa sasaran.
  • Pelajaran boleh merangkumi topik seperti pelancongan, makanan, perniagaan umum, dan aktiviti rekreasi.
  • Pendidik akan memberi panduan dalam cara sebutan. Pelajar yang ingin menambah kepada set kemahiran mereka dengan melengkapkan cara penyebutan (fonologi) dalam bahasa sasaran digalakkan untuk mengikuti kursus sebutan.
  • Perkhidmatan bimbingan khas disediakan untuk pelajar yang kadang-kadang memerlukan bimbingan tambahan dalam bidang perniagaan mereka, seperti untuk menyediakan dan memberi pembentangan penting.
  • Kelas Kumpulan Disediakan

Persediaan peperiksaan TOEFL / TOEIC / IELTS

Sesi Peribadi 50 minit.....AS $36.00

  • Sesi dan kursus menyediakan pelajar dengan kemahiran dan strategi yang diperlukan untuk berjaya dalam peperiksaan TOEFL, TOEIC, dan IELTS.
  • Keempat-empat kemahiran dirangkumi. (membaca, bercakap, mendengar dan menulis)
  • Pelajar digalakkan memulakan kursus sekurang-kurangnya enam bulan sebelum menduduki peperiksaan.
  • Kelas Kumpulan Disediakan

Kursus Perniagaan

Sesi Peribadi 50 minit.....AS $36.00

Perkhidmatan Mentor Khas.....Tambahan AS $9.00

  • Sesi dan kursus menyediakan pelajar dengan kosa kata dan tatabahasa yang diperlukan untuk perbualan di dunia perniagaan.
  • Pelajaran merangkumi pelbagai aspek berkaitan perniaggan dan berkemungkinan mengandungi topik seperti etika mesyuarat, rangkaian, pentadbiran, sumber manusia, kewangan, penjualan, pemasaran, dan pelancongan.
  • Para pendidik akan memberi panduan dalam cara sebutan. Pelajar yang ingin menambah kepada set kemahiran mereka dengan melengkapkan cara penyebutan (fonologi) dalam bahasa sasaran digalakkan untuk mengikuti kursus sebutan.
  • Bagi pelajar yang sekali-sekala memerlukan bimbingan tambahan dalam bidang perniagaan mereka, seperti untuk menyediakan dan memberikan pembentangan penting, perkhidmatan bimbingan tersedia.
  • Pendidik kami adalah dari pelbagai sektor. Namun, pasti ada satu untuk memenuhi keperluan anda. Walau bagaimanapun, jika anda memerlukan bantuan dalam memilih pendidik yang sesuai untuk anda, sila hubungi kami di sini
  • Kelas Kumpulan Disediakan

Sebutan / Penambahan Aksen

Sesi Peribadi 50 minit.....AS $45.00

  • Sesi dan kursus menyediakan pelajar dengan latihan intensif dalam fonologi (set sebutan) bahasa sasaran.
  • Pelajar yang ingin menambahkan sebutan yang lebih sesuai kepada kemahiran bahasa mereka sepatutnya sedar bahawa walaupun beberapa sebutan boleh ditambah ke inventori fonetik mereka dengan cepat, akan ada juga yang mungkin hanya dapat dikuasai setelah beberapa bulan dipraktikkan secara dedikasi. Oleh itu, kami mencadangkan pelajar untuk mendaftar sesi ini hanya jika mereka yakin bahawa mereka akan melakukan latihan vokal yang diperlukan setiap hari, kerana kemajuan akan terjejas jika hanya dilakukan semasa sesi sahaja.
  • Kelas Kumpulan Disediakan

Kemahiran Menulis

Sesi Peribadi Tatabahasa 50-minit …..AS $36.00

Projek yang Memerlukan Pengeditan (mis. Akademik, Laporan Perniagaan, dll.) ........ Hubungi kami untuk mendapatkan kos.

  • Newcastle Language Systems menawarkan kemahiran penulisan dalam pelbagai peringkat.
  • Semasa sesi-sesi 50 minit yang biasa, pendidik akan meliputi topik-topik seperti yang disebut tadi dan penggunaan klausa terhad dan tidak terhad.
  • Bagi pelajar-pelajar yang memerlukan pertolongan dengan projek penulisan yang tertentu, harga ditentukan oleh kompleksiti. Projek-projek tersebut termasuk karya akademik, laporan perniagaan, dan pembentangan. Untuk projek-projek ini, pendidik hanya akan memberi panduan penggunaan bahasa sasaran yang betul. Oleh itu, pelajar harus sedar bahawa melainkan pendidik dikhususkan menjadi seorang mentor, pendidik tersebut tidak boleh memberi sebarang bantuan yang tidak berkenaan dengan kandungan projek yang bukan linguistik. (mis, teori, amalan perniagaan terbaik, etc.)
  • Semua arahan dijalankan semasa sesi dijalankan, tetapi tugas kerja rumah mungkin akan diberi oleh pendidik dengan pertimbangan.
  • Kelas Kumpulan Disediakan

Apa itu Servis Mentor?

Newcastle Language Systems berbesar hati untuk mempunyai para pendidik yang bukan sahaja pelatih bahasa tetapi juga yang memiliki pengalaman bertahun-tahun dalam dunia perniagaan. Ini membenarkan pendidik kami untuk mengambil kesempatan perkhidmatan bimbingan khas kami. Dengan tambahan bayaran sebanyak $9.00, pendidik akan membekalkan arahan bahasa dan panduan perniagaan dalam sektor komersial pelajar. Sebagai contoh, pelajar Perbualan Bahasa Inggeris dalam sektor teknologi mungkin ingin memperbaikkan kemahiran pembentangan mereka untuk mesyuarat yang akan datang, jadi mereka boleh menambah perkhidmatan bimbingan khas. Semasa pelajaran dijalankan, pendidik boleh melatih pelajar dalam kemahiran bukan bahasa seperti pengaturan, bahasa tubuh, dan penyampaian. Sama juga seperti, pelajar dengan jawatan pengurusan boleh meminta perkhidmatan bimbingan daripada pendidik dengan latar belakang pengurusan supaya dapat mempelajari membina hubungan dengan staf mereka.
 
Dengan menawarkan perkhidmatan ini dengan bayaran tambahan, ia membenarkan kami untuk memberikan servis kami dengan kadar-kadar yang rendah kepada pelajar yang hanya ingin belajar bahasa pada masa yang sama membenarkan pelajar yang berminat untuk memohon perkhidmatan tersebut hanya semasa sesi tertentu. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan mentor kami, sila tulis kepada kami di sini.

Kelas Berkumpulan

Untuk menurunkan kos pelajaran, kami menawarkan kemampuan kepada pelajar untuk berkongsi sesi dengan sehingga dua rakan atau rakan sekerja dengan kadar pelajaran peribadi. Walau bagaimanapun, untuk Akaun Perniagaan, kami boleh memuatkan sehingga lapan orang pelajar dalam satu pelajaran, tetapi harga pelajaran-pelajaran ini adalah berdasarkan bilangan pelajar. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelas berkumpulan dan cara menjadualkannya, hubungi kami di sini.

Dasar Pembatalan dan Perhubungan

  • Pelajar-pelajar boleh membatalkan atau menjadualkan semula pelajaran mereka sehingga 24 jam sebelum pelajaran yang telah dijadualkan dengan tiada bayaran tambahan.
  • Kami berdukacita untuk memaklumkan bahawa pelajaran-pelajaran yang dibatalkan atau dijadualkan semula oleh pelajar kurang dari 24 jam sebelum pelajaran yang dijadualkan tidak layak untuk mendapat bayaran balik.
  • Newcastle Language Systems mengira kegagalan pelajar untuk hadir sesi pelajaran yang dijadualkan adalah setara dengan pembatalan yang lewat, oleh itu, pelajar tersebut tiada hak untuk menjadualkan balik atau mendapat bayaran balik untuk pelajaran tersebut.
  • Sekiranya pendidik membatalkan atau terlepas pelajaran yang telah dijadualkan, pelajar akan diberi hak untuk menjadualkan balik atau mendapat bayaran balik untuk pelajaran tersebut. Tiada pampasan lain yang akan diberi oleh Newcastle Language Systems.
  • Mengenai perhubungan, selepas ujian luas Newcastle Language Systems telah menentukan bahawa Zoom Video Conferencing membekalkan rangkaian yang terpantas dan paling stabil untuk sesi pelajaran kami. Sebelum menjadualkan pelajaran, pelajar perlu menyemak jika Zoom tersedia di negara mereka, dan jika begitu, muat turun, install, dan uji klien Zoom yang sepatutnya. Pelajar boleh ketahui lebih lanjut di https://zoom.us/. Walaupun ada kebolehan untuk berhubung dengan pendidik kami menggunakan browser klien Zoom, Newcastle Language Systems menentang kaedah ini dan kami tidak boleh memberi bayaran balik untuk sesi dengan rangkaian lemah oleh penggunaannya.
  • Pelajar-pelajar dinasihatkan bahawa ia merupakan tanggungjawab mereka, sebelum menjadualkan pelajaran, untuk memastikan rangkaian Internet mereka cukup stabil dan laju untuk konferens video dua hala. Newcastle Language Systems sangat mengesyorkan para pelajar membuat hubungan kepada sesi pelajaran untuk menggunakan desktop/laptop dengan rangkaian yang laju dan perkhidmatan latar belakang komputer ditutup. Disebabkan oleh rangkaian lemah telefon bimbit dan peranti, pelajar-pelajar yang menggunakan alat-alat tersebut untuk membuat hubungan kepada sesi pelajaran tidak akan memiliki apa-apa hak untuk meminta bayaran balik sekiranya rangkaian mereka tidak stabil. Tambahan pula, jika pada 10 minit pertama, sama ada pendidik atau pelajar berasa bahawa rangkaian tidak cukup stabil untuk meneruskan sesi pelajaran secara efektif, permintaan untuk berhubung melalui saluran alternatif boleh dibuat. Saluran ini boleh terdiri daripada Skype, Google Hangouts, atau mana-mana aplikasi lain yang sesuai. Jika pendidik menegaskan bahawa rangkaian Internet beliau stabil, dan masalah rangkaian Internet pihak pelajar yang menghalang hubungan yang berjaya, pelajar tersebut tidak akan ada hak untuk mendapat bayaran balik.
  • Semua pelajar mesti menerima terma dan syarat dasar pembatalan semasa membuat pembayaran.

Soalan Tentang Harga?